BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 22, 2010

errrmmm... i loike!!! thank you very much!!






SEMUANYA ADALAH PEMBERIAN SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 31..TERIMA KASIH BANG!!... I REALLY APPRECIATED IT!!..bukan itu yang tunjak utama dalam hubungan ini..bahkan lebih dari itu yang sebenarnya..

Friday, February 12, 2010

14 Febuari..apa specialnya pada AKU!!

Salam kasih...

Terasa lamanya x menulis dalam blog..ada rasa rindu tu, tapinya, keadaan sangat la kurang mengizinkan.kesibukan diri, membataskan untuk aku mencoretkan sesuatu dalam blog ni..dan sebab tu jugak, inbox mula diisi dengan cakap2 bila la blog ni nak ada "new post"..alamak x dapat nak menjawab soalan tu..dan sekarang..baru bermula rehat sempena cuti CNY ni dapatlah aku curi2 masa untuk ni..

KENAPA TITLE KAT ATAS TU 14 FEBUARI??

Mungkin untuk pandangan pertama, semua mesti jawab "HARI VALENTINE"..betul x?? kalau x betul sepenuhnya, tapi aku sangat yakin 90% menyatakan ya..

Dan jawapan aku..betul jugak la..14 febuari tu hari valentine..tapinya bukan itu yang aku nak ceritakan..

walaupun orang lain (mungkin) bergembira dengan tarikh tu, maklumlah.hari kekasih la..hari kasih sayang la..hari untuk meraikan someone special la..kononnya..tapi tidak bagi aku..


apa yang tersirat disebalik sejarah hidup aku 14 febuari ni???


Tanggal 14 febuari 2001..9 tahun yang lalu, yang akan aku ingat sampai bila2..

Bersamaan hari selasa, suatu hari yang aku rasakan macam biasa..hari bekerja, diwaktu tu, keadaan kesihatan emak yang sangat2 merosot..emak mengidap sakit buah pinggang..

Bangun pagi tu, aku dikejutkan dengan suara mak keadaan seperti biasa, kejutkan bangun solat..memang itulah aku..walaupun diketika tu, umur dah 22 tahun mungkin pada sesetengah kawan dah pun berumahtangga..tapi aku, masih tidur disebelah emak, berpeluk2kan, kaki ku akan naik atas kaki dia, semacam memeluk bantak peluk..dan tangan atas dadanya..masih bermanja2 dengan emak..maklumlah aku anak bongsu..dibesarkan berdua saja, walaupun adik beradik yang lain ada, tapi semua dah berumah tangga..tinggal la aku hidup berdua dengan dia..

Lepas aku mengerjakan apa yang wajib pada aku sebagai hamba, subuh hari tu..aku memapah emak ke bilik air, untuk memandikan dan mengambilkan dia wudhu'..emak disaat itu tidak boleh bergerak sendiri lagi dah..duduk atas kerusi roda, menggunakan diapers..serba serbi perlu disiapkan...bila semua perkara dah dilaksanakan, baru lah aku bersiap diri untuk pergi kerja..

Waktu tu aku bekerja di Takaful Malaysia, jln sultan ismail, KL..rutinnya aku berjalan kaki dari rumah ke LRT Sentul Timur untuk pergi ke kerja..

Sepeninggalan aku ke pejabat, emak akan dijaga oleh kakak ipar aku yang tinggal di belakang rumah..dia akan menjenguk emak, menukar diapers, hantar nasi untuk emak..

Aku bekerja di pejabat seperti biasa..selalunya aku akan solat asar dirumah saja, maklumlah, office x jauh dari rumah..kalau naik lrt..10 minit dah sampai, tapi hari tu aku rasa macam terkejar2..cadangnya habis kerja tu nak ke Avon, nak beli barang sikit..akhirnya decide solat je di office, supaya balik nanti x kelam kabut..

Habis solat.aku berjalan kaki memang hajatnya nak ke Avon tapi rasa macam x sedap hati, memikirkan kalau aku ke Avon.membelek2 barang mesti makan masa..hari dah makin petang, kesian kat emak tunggu lama kat rumah, tanpa aku sedari kaki terus melangkah menuju je LRT Station...hajat nak ke Avon terus terbatal.naik LRT, belum sampai ke station yang patut aku turun, aku dah pun call anak buah untuk ambil aku dari station(kes malas jalan kaki la ni)

Turun dari station, alhamdulillah, anak buah aku dah sedia menunggu,sambil melenggang2..aku ternampak Malik (anak buah) melambai2..suruh cepat..aku pun berlari2 menuju ke arah dia..

"kenapa" aku bertanya pada dia.."cepat, uwan (emak)..." diajawab.. "kenapa dengan uwan" aku tanya lagi.."entah" dia jawab..

Dada aku berdegup laju..Ya Allah..kenapa dengan mak..selamatkan emak..aku belum bersedia nak dengar ni semua..

Malik terus laju memulas pedal minyak motor..aku terasa, ada yang tak kena..

Sampai dirumah..2-3 jiran dah ada dalam rumah, doktor tengah memeriksa emak..mulut emak terbuka, doktor tengah memeriksa mulutnya..mata emak tertutup..aku terus menanyakan pada akak..kenapa??? cebikkan dan gelengan kepala kakak ku yang sulung..seolah2 jawapan yang tepat untuk aku memahami dan meluahkan apa yang ada dalam hatiaku sejak turun dari station LRT tadi..

EMAK...doktor mengesahkan dia baru menghembuskan nafas yang terakhirnya lebih kurang setengah jam tadi...ooooohhhhhh!!!!!!!!! tidak!!!

aku terus menangis..dan terus menangis..kenapa emak pergi dulu..meninggalkan aku sendirian..hidupku tiada teman, tiada kakak2 untuk berkongsi cerita, seperti orang lain..aku tiada abang2 yang boleh untuk bermanja, kerana mereka semua sudah berumahtangga..aku hanya ada emak untuk berkongsi segalanya..TAPI..emak..uchu tinggal sorang2 lepas ni mak!!!

Malam tu aku terasa pendek sangat..aku duduk ditepi jenazah emak..hanya yasin penyampai kasih aku padanya..tiada lagi kucupan dahi untukku..tiada lagi tempat aku bermanja...tiada lagi orang yang selalu sentuh hidung aku..hidung yang pantang disentuh.kalau disentuh aku akan tebersin.. yang selalu menggelarkan hidung aku hidung kucing..sebab hidung aku mudah sejuk...yasin demi yasin demi yasin..sampai ke pagi..aku yakin..esok adalah saat terakhir aku disisi emak..tiada lagi emak disisi aku selepas ini..

15 FEBUARI 2001

Orang datang silih berganti menziarahi jenazah buat kali terakhir..dan aku masih termangu..bermacam perasaan diketika itu.. hanya duduk ditepi jenazah..menatap dan terus menatap wajah emak..andai la aku tahu emak akan pergi meninggalkan aku untuk selamanya semalam..pasti aku tak pergi kerja..tapi siapa aku untuk menidakkan urusan ALLAH..

Emak akan diuruskan jenazahnya disurau..lebih mudah kata abang..aku bersiap2 ke surau..bersedia untuk memandikannya..

MAK..
ni lah terakhir kalinya uchu mandikan mak ye!!..suara aku yang x mampu untuk dikeluarkan..hanya linangan air mata..aku jirus dan terus menjirus badan emak..sapukan sabun.kepala..bahu..tangan..badan..dan sampailah ke kaki..

Mak..bukalah mata..pandanglah uchu ni..kenapa mak diam je..pagi semalam kan kita borak2 masa uchu mandikan emak!!! Emak terus diam membisu..

Emak diangkat untuk terus dikafankan..dan semua bersedia untuk mengucupnya buat kali terakhir..seorang demi seorang mencium emak...dan sampai giliran aku..Ya ALLAH..besarnya ujian ni..aku terus menangis..menangis..dan terus menangis.

Inilah perjalanan emak yang terakhir didunia ni..aku menghantarnya sampai ke kubur.. aku melihat emak diletakkan diliang lahat..

PULANG

Selesai semuanya, aku kembali ke rumah..Ya diwaktu ini, orang masih ramai, adik beradik, kaum keluarga masih memenuhi setiap ruang rumah..tapi sampai bila mereka semua ada disini..Esok Lusa..aku??????

Semua beransur pulang ketempat masing2..meninggalkan aku..sendirian ..mengelamun mengenangkan episod diri ini.. dan akhirnya..aku sendirian meneruskan hidup ini tanpa seseorang yang sangat2 bermakna dalam hidup aku...

Sunyinya...sayunya..hibanya...hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasakan diwaktu itu.. hari2 berlalu dengan kesunyian..Ya, mungkin bila aku bekerja dan berjumpa kawan-kawan aku rasa seronok..hilang semua apa yang bersarang dikepala..tapi sekembalinya ke rumah..aku tetap seorang diri..

Begitulah aku di tahun 2001..tahun yang penuh dengan duka dan suram.. sempena 14 febuari yang bakal menjelma, genaplah 9 tahun pemergian bonda tercinta mengadap Sang Pencipta..Moga dia bahagian dengan amalan2 solehnya dulu, dan sentiasa dibawah lindungan rahmat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM..Al-Fatihah..