BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

kisah petani dan kerbau..

gambar ni saya snap sendiri masa pulang dari bercuti dilangkawi tahun lepas, pemadangan ni di tepi highway di kedah..sawah bendang dikiri kanan highway, saujana mata memandang. gambar ni saja ditangkap bertujuan nak simpan tuk anak2, supaya dorang kenal rupa kerbau..kalau tak dikenalkan pada mereka, takut nanti tak kenal pulak rupa kerbau, maklumla kat kl ni takde kerbau yang boleh ditunjukkan.


sambil hubby bawak kereta masa jalan raya..saya dok sebelah sambil baca magazine, ada satu cerita yg saya rasa boleh kita share bersama.. siapakah kita dan adakah anda akan berada di sebelah petani setelah membaca cerita ini atau anda merasakan kerbau adalah golongan yang patut anda pertahankan kerana ianya juga melambangkan sesuatu yang anda jalani seharian sehingga kini.


Kisahnya begini, disebuah kampung hidup satu keluarga petani yg aman bahagia. petani tersebut mempunyai anak dan isteri yang amat memahaminya serta sentiasa bersama dengannya walau dalam suka ataupun duka. hidup mereka serba sederhana.


setiap hari si petani akan kesawah..isterinya akan melakukan kerja rumah, manakala anak2 pula menjalankan sesi persekolah. jika dilihat dari sudut fizikal, tiada apa yg perlu dibimbangkan oleh mereka, hidup aman bahagia, berkecukupan dan saling menghormati.


si petani akan bangun awal pagi untuk bersiap ke sawah. dia mandi bersihkan diri dan kemudian menikmati sarapan yang disediakan isterinya. si petani ini ada seekor kerbau, kerbaunya tahu tuannya akan bangun awal pagi untuk menjalankan tugas dibendang maka sang kerbau juga terpaksa bangun awal dan bersiap dengan memakan apa yang ada untuk memberi tenaga agar dapat bekerja dibendang. setelah menikmati sarapan si petani keluarlah ke kandang kerbau dan ditariknya kerbau, berkatalah sang kerbau dalam hatinya " Aku taulah aku kena kerja, tak perlulah aku ditarik". Meskipun merungut didalam hati tetapi sang kerbau tetap patuh kepada tuannya biarpun kadang-kadang dia tidak faham mengapa tuannya perlu memerintahnya kerana dia tahu tugasnya. sesampainya di sawah sang kerbau dikerahkan untuk membajak.


Melihat si kerbau yang lembab, maka dirotannya kerbau tersebut agar membuat kerja denagn pantas. tanpa merungut bergeraklah si kerbau dengan pantas bekerja demi mematuhi arahan tuannya kerana pada fikiran kerbau jika dia melawan nanti dia akan tidur kesejukan diluar kandang dan terpaksa bersusah payah untuk mencari makan, walhal sekarang dia begitu mudah untuk dapatkan makanan.


MENDENGAR PERINTAH


Bekerjalah si petani dan kerbau dalam keadaan panas hinggalah tiba waktu makan. apabila tiba waktu rehat tengahari berhentilah petani untuk makan. Dia beruntung kerana isterinya akan datang bawa makanan yang sedap dan menyelerakan. Biarpun begitu si petani tetap mendengus akibat cuaca panas.


Apa jadi dengan kerbaunya? sang kerbau melihat tuannya makan iapun terasa lapar dan dahaga. Berkatalah si kerbau dalam hatinya " aku yang bekerja teruk ditengah panas terik tak merungut pun". Lalu kerbau mencari apa yang boleh dimakan dan mencari air bertakung untuk dijadikan juadah.


Selesai istirehat, mereka menyambung kerjanya dibendang hingga waktu petang. Apabila petang menjelma, petani berhenti lalu menarik kerbau untuk pulang. Sewaktu ditarik berkatalah kerbau dalam hatinya " tak payahlah tarik, aku pun tau balik la... aku pun penat"


Setelah sampai dikawasan rumah, kerbau dimasukkan ke dalam kandang dan disediakan makanan untuk makan malamnyadan setelah itu petani pun membersihkan diri untuk makan malam.


Setelah makan malam, sipetani tidur dan si kerbau pun tidur. Nah, apa bezanya sipetani dan kerbaunya?? Jika dilihat disini tiada bezanya, petani makan, kerbau makan, petani kerja , kerbau pun kerja, petani rehat, kerbau pun rehat...


Begitulah kita , jika tidak melaksanakan solat, maka samalah kita seperti kerbau hanya tahu melakukan rutinnya bahkan lebih menarik, kerbau tersebut masih mendengar kata perintah tuannya..KITA???


Justeru jika kita tidak mendengar kata perintah Allah SWT yang maha berkuasa lagi bijaksana maka kita lebih teruk dari seekor kerbau. Biapun kerbau, tiada pelajaran tetapi dia tahu mengikut perintah tuannya walaupun kadangkala ada protes. Maka cubalah letakkan diri kita dalam situasi petani dan kerbau ini. Adakah kita ini sama seperti kerbau? Kerana dalam kisah ini tiada bezanya petani dan kerbau. Apa yang membezakannya ialah kepatuhan kepada perintah Allah SWT.


Maka persoalkanlah dalam diri kita adakah layak kita digelar manusia jika tidak mengikut perintahNYa. Sedangkan seekor kerbau tahu kedudukannya, atau kita layak digelar manusia kerbau kerana tubuhnya manusia namun perjalanan hidupnya seperti kerbau. Semoga kisah ini dapat direnungkan sedalam-dalammnya.


Bukan saya mahu meletakkan sesiapa ditahap rendah, melainkan ianya untuk dijadikan iktibar untuk diri yang fakir ini serta pembaca yang sudi merenung diri agar kerinduan kita terhadap Allah SWT sentiasa bertambah, berkurang jauh sekali.

Friday, September 4, 2009

Wallahua'lam..

"Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya".

so, dalam termpoh 60 hari lagi akan ada prk yg 9... Allahu Akbar!! hanya Allah saja yang merencanakan semua ini.. dan sesungguNya dia lah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dan apa yang tersurat..

Galeri Syabab Product & Services (Part 2)


Hasil usaha Galeri Syabab telah mendapat sokongan dan kelulusan daripada badan-badan kerajaan yang diiktiraf... antaranyaJabatan Agama Islam Negeri Melaka


Jabatan Agama Islam Pulau Pinag



Masjid Putra Putrajaya




Jabatan Agama Islam Pahang



Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)




Jabatan Agama Islam Selangor





Antara surat-surat penerimaan naskah dari organisasi yang terpilih, di dalam dan luar negara. mohon maaf sekiranya gambar ini tidak berapa sempurna..iahanyalah bertujuan untuk keselamatan agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..




















GALERI SYABAB product & services

Galeri Syabab ditubuhkan sejak 1999. Mula aktif dalam bidang ini sejak 2004. Produk utamanya adalah al-quran. mencari penaja, iaitu orang ramai untuk beramal jariah dengan menaja alquran dan seterusnya menguruskan penghantaran ke serata institusi pengajian didalam mahupun luar negara. Antara negara pernah menerima quran yg telah ditaja ialah Selatan Thailand, Indonesia, Cambodia, serta didalam negara Malaysia juga. kenangan semasa di booth galeri syabab miccos ogos 2009

di PWTC sempena Tilawah Quran peringkat antarabangsa

booth di Miccos Serdang anjuran Kementerian Perlandangan & Komoditi


kaunter wakaf, Last year di Dewan MBPJ sempena karnival kesedaran Pengguna Islam anjuran PPIM





Booth semasa anugerah Ibu Malaysia tahun lepas di PWTC



Di Festival Pembangunan Ekonomi Islam anjuran Yapeim di Mid Valley KL




booth di pesta buku selangor di PKNS Shah Alam




bukak booth masa karnival jomheboh tv3 di TLDM Lumut





Kaunter di halal Fest Ipoh anjuran SUK Perak


kaunter di karnival halal anjuran Yadim di 4 buah negeri Penang,Perak,Melaka & Kl..

Buka kaunter wakaf quran di kuantan sempena karnival jomheboh tv3

genius station product & services (part 2)

Letter head Syah Holdings sdn.bhd

letter head Drass Trading sdn.bhd



poster for kinokuniya & MPH bookstore

Thursday, September 3, 2009

GENIUS STATION PRODUCT & SERVICES (project jan - Aug 2009)

Genius Station ditubuhkan pada tahun 2007. Menjalankan operasi membekalkan peralatan pejabat di sektor kerajaan serta swasta. juga menjalankan aktiviti percetakan untuk premium gifts. Diary AWC Group of Companies

Diary Flexi Cover Agency

plak msjid negeri melaka


Envelopes Kejuteraan Putrajaya



Envelopes Bahtera Events Sdn. Bhd




Kolej Polytech mara





sampul duit Felcra processing






kad raya felcra proceesing & services







kad raya JFE engineering sdn.bhd






baju sukan sekolah Methodist Gilrs School Brickfields





Track Bottom

Tuesday, September 1, 2009

HADIAH ISTIMEWA SEMPENA MERDEKA!!


Najib Tun Razak pernah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Kalau dulu Najib beri 11 hadiah, terkini Najib dengan murah hati memberikan satu lagi hadiah paling istimewa kepada rakyat 1 Malaysia sempena menyambut 52 tahun merdeka iaitu kenaikkan harga minyak petrol.


AKU RASA SLOGAN DIA SESUWEI SESANGAT LAH TU..APANYER BUNYI DIA "pembangunan diutamakan rakyat didahulukan" kalau aku salah pun..maksudnyer lebih kurang lah..


terasa sangat pagi ni ke putrajaya, dari rumah di damansara isi minyak full tank yg selalunya rm100...tapi hari ni aku bagi rm100 kat casheir minyak, minyak x penuh pun..then, memulakan perjalanan ke putrajaya petang balik semula ke damansara minyak aku dah tinggal setengah dari meter...
nak pakai ron95.. takut pulak, minyak baru walaupun kereta aku boleh pakai, benda baru, x pasal-pasal demam pulak kereta tu dapat makanan baru, lagi naya, tambah2 nak dekat raya..anyway TERIMA KASIH KERAJAANKU!!
kenapa saya berbangga kerana menjadi anak malaysia:-
jawapanya : terlalu banyak, antaranya saya selalu terima hadiah kejutan seperti ini..
so, renung2kan..selamat beramal..fahami dengan mata hati, jangan faham melalui mata kasar..