BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

HIDUP UNTUK HIDUP

Perjalanan ini sungguh memenatkan..Apa tidaknya semakin kehujung semakin sukar..sedangkan beban bertambah berat. Tanggungjawab semakin sarat. Tetapi adakah pilihan lain selain meneruskannya?? Hidup selagi hidup. Jangan mati sebelum mati..


Sering diri diperingatkan, kalau ada masalah ditengah jalan..teruskan perjalanan.. Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat, tidak timbul soal kembali ke pangkal jalan.. Ini jalan paling benar, walaupun singkat, walaupun jalannya yang paling sukar dan terasa amat berat..inilah jalannya.


Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dikorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran darah adalah modal untuk ibadah. Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah. Sabar dan syukur adalah minyak pada pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai angin kehidupan.


Tidak takut bersendirian..tidak tersasar ketika kesunyian..katakan pada diri ini, ketika kau sepi sendiri, disisimu sentiasa ada PEMERHATI...



dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pembelajaran yang mesti ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu. jika datang topeng kepura-puraan itulah guru yang mengajar kau erti berhati-hati.



Jika hampir menjana kejujuran maka teguklah ilmu keikhlasan. Jangan berubah pendirian, Jadilah wajah yang satu dihadapan yang SATU....jadilah dirimu sendiri...Insyaallah kau akan tetap juara..tapi jika kau berlakon, bertukar menjadi klon ke-2 klon ke-3 atau seterusnya... jangan bermuka-muka untuk menempah nama..jangan berdiri dibawah bayang orang lain hanya untuk dikenali sebagai berjasa...


Bertatihlah dengan kaki sendiri lebih mulia dari bersayap emas milik orang lain. Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebesan dengan kemerdekaan sejati. mendongak dengan tidak bongkak..mengalah tidak kalah..tiada istilah kalah..cuma menangguhkan kemenangan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan kini. Menyesal itu bebal, kesal itu bekal..


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati..Insyallah kau akan terus hidup walaupun sesudah mati...Ingatkan diri ini selalu, bahawa hidup didunia ini sangat penting kerana adanya Hari Akhirat...

Sesungguhnya, hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati...katakan pada diri ini, hidup bukan sekali...jadi, hiduplah selagi hidup...kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP..

Sunday, October 18, 2009

Ku Petik Bintang2...

Assalamualaikum...

1stly mohon maaf, rasa lama sangat dah tak update blog ini..kesibukan membuatkan masa terbatas untuk mencoretkan ilham dalam blog.. minggu lepas antara minggu2 yang sangat sibuk..terkejar2 buka booth di PWTC n Putrajaya.. hujung minggu pula penuh dengan karnival kursus haji perdana, di masjid wilayah, masjid negeri Shah Alam.. memang meletihkan..tapi ia berkisar pada satu perkataan passionate...apa maksudnya dalam bm..lebih kurang berahi la kot..berahi dari dalam, tiada paksaan, tiada sesalan, tiada rungutan.. ia datang dari keinginan dan minat mendalam, cara kerja yang ini lah pilihan saya.. dan saya yakin sangat saya memang sedang memetik bintang...jauh atau dekat, saya yang akan menentukn jarak bintang yang nak dicapai itu.. masalah pekerja berhenti, masalah pekerja main2, x serius.. itu lah antara benda2 yang perlu saya tangani..terpaksa turun padang..saya bersedia untuk turun padang..

AWASI PERKARA REMEH YANG MENGHALANG UNTUK MENCAPAI BINTANG (Kejayaan la ..apa lagi)

Hilary Dan Sebutir Pasir
Penakluk pertama Gunung Everest, Sir Edmund Hilary, (sebelum tu, kalau salah tolong betulkan ya..especially saudara Qobin, mungkin beliau antara pembaca blog ni, sapa yang tak kenal, saudara Qobin ialah the youngest climber in South East Asia mendaki Mount Everest. saya bertambah kenal dengan beliau ketika beliau menjadi trainer semasa di ESQ angkatan 30) pernah ditanya wartawan, apakah perkara yang paling ditakutinya sepanjang penjelajahanya itu. Dengan tenang beliau menjawab tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkh ais gergasi atau padang pasir yang luas dan gersang sekalipun.

Lalu mereka bertanya, "jadi, apakah ia?" "sebutir pasir yang terselit dicelah2 jari kaki" kata Hilary. Wartawan menjadi hairan tapi Hilary meneruskan kata "sebutir pasir yang masuk dicelah2 kaki sering kali menjadi awal mala petaka. ia bisa masuk ke kulit kaki atau menyelusup masuk ke dalam kuku, lama-lama jari kaki terkena jangkitan kuman, lalu membusuk. Tanpa disedari, kaki saudara akan tidak dapat digerakkan lagi. Itula mala petaka bagi seorang pendaki dia terpaksa diangkat oleh orang lain". Wartawan lain hanya tersenyum memikirkan kebenaran kata-kata Hilary itu.

Pokok Gergasi Yang Tumbang

Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan, telah menemui bangkai tumbuhan besar dilereng Long's Peak Colorado. Selepas kajian dibuat, fakta menunjukkan beberapa perkara berikut:-

1. Pokok itu berusia lebih 400 tahun.

2. Ia mula tumbuh semasa Christhoper Columbus mendarat di San Salvador.

3. Ia sudah pun setengah umur semasa kaum pilgrims atau penjajah British menduduki Plymouth pada 1960.

4. Sepanjang hayatnya ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali.

5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali.

Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya..tapi nak tahu kenapa akhirnya pokok itu tumbang...hehheheh...sabarrrr...

jawapannya, ialah kerana sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu..tetapi disebabkan olehnya lah, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur..

Jadilah Seperti Pendulang Emas
Dalam urusan harian kita, berindaklah kita mengikut resmi pendulang emas, kenapa?? Ada perkara remeh yang tak perlu kita herankan..apa perkara ytang tak perlu dirisaukan tu?? ia adalah pasir-pasir lumpur yang mesti kita singkirkan dari dulang. Ada juga perkara yang perlu kita ambil berat iaitu ketul-ketul emas yang tenggelam didasar dulang. Begitulah dalam hidup kita ini yang sedang MEMETIK BINTANG (kejayaan), ada perkara remeh yang perlu kita ambil tahu, tapi dalam masa yang smaa ada perkara remeh yang mesti dikendalikan, sekiranya tak ianya akan merosakkan hasil usaha kita selama ini.

Kesimpulan yang boleh kita buat, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan perkara-perkara kecil yang boleh memusnahkan kita. Tap dalam masa yang sama kita tidak perlu membazirkan masa dengan mengendalikan dan memikirkan benda-benda yang tidak penting yang orang lain lakukan, bahkan, saya rasa tak perlu ambil tahu pun..buang masa je!!

Tumpukan pada emas-emas yang ada..abaikan pada lumpur-lumpur yang mengotorkan... RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL!! buka CERMIN seBESAR2nya..pandang dengan mata hati..jangan hanya pandang dengan mata kasar.

Thursday, October 8, 2009

makan..makan..makan...


Malam tadi saya bersama suami dan anak yang sulung berjalan2 mencari apa yang hendak dimakan, sambil berborak2 dalam kereta, sedar tak sedar dari rumah di damansara kini kami berada di area gombak..dalam tak ada hala tuju suami terus memandu kereta sehingga lah sampai di kawasan taman melati..tiba2 saya dapat idea untuk menyinggah business center disebelah kanan kami di mrr2, dan suami membuat U turn menghala semula ke business centre taman melati..banyak kedai2 makan disitu, antaranya sate kajang samuri, secret recepies, restoran mamak dah tentulah ada dimana2.. tiba2 ternampak restoran sabak..

Kalau nak tau restoran sabak ni adalah restoran steamboat..wah faveroute kami ni, tanpa fikir2 lagi dah, dan kebetulan ada lot parking kosong didepannya..suami pun terus masuk parking dan kami mula melangkah kedalam restoran tersebut.

selama ni kalau teringin tekak ni nak makan steamboat memang takde tempat lain lah.. Johnnys, siapa yang sukakan steamboat mesti tau restoran ni kan..restoran ni ada dimerata, mostly dimana ada jusco disitu ada Johnnys..restoran ni ada halal jakim, dan kami sangat yakin untuk makan disitu..
Tapi malam tadi punya pengalaman..adalah sama rasanya macam di Jonnys..bahkan sedap lagi di resotoran sabak ni.. jangan risau, mereka tak bayar persen pun pada saya, kerana mempromotekan restoran mereka, tapi atas dasar rasa terpanggil untuk menaikkan taraf perniagaan muslim..kenapa tidak kita memilih restoran sabak..




Di Johnnys steamboatnya direbus dengan air yang tak ada rasa..hanya sup kosong dan untuk menyedap rasa adalah sosnya, tu yang menyedapkan tu.. tapi di sabak, bahan2 direbus dengan sup tom yam..nyumm..nyum.nyumm..bestnyer.. sos tetap sama..saya rasa sos sabak lagi sedap.

Di Johnnys tak ada grill..di sabak ada grill, boleh pilih daging yang dah siap diperap kuah black paper..perrrgghh..terliur rasanya..oleh itu, sesiapa yang teringinkan steamboat lepas ni, carik2 lah yang muslim ye..siapa lagi yang nak menolong seagama kita kalau bukan kita..

Monday, October 5, 2009

open house..


malam ahad lepas saya menerima kunjungan sahabat lama dari kuantan..setelah sepuluh tahun terputus hubungan.. persahabatan ini terjalin semula setelah terjejak kasih dalam facebook..seronoknya hati bila dia cakap nak turun kl..terus saya ajak datang kerumah..dia datang bersama suami..terharu rasanya..kali terakhir kami masih budak2 sangat..sekarang saya dah beranak 2..pertemuan yang x pernah terlintas dikepala, maklumlah dah lama terputus, dan tak tau pulak nak menjejaki dia dimana, walaupun dia cakap sering ke kl, tapi dia pun tak tau saya berada dimana. leka berborak sehingga lupa nak ambil gambar kenang-kenangan.. saya masak spegheti untuk dia.. bila dah berjumpa tu, makan bukanlah agenda utama..maklumlah lepas geram, banayk perkara yang nak dibualkan..sambil gelak2..happy betul...
Malam tu jugak, anak buah saya telefon menyatakan ingin beraya esoknya dirumah..alang2 orang nak datang, dah tentu nak kena masak, saya terus sms semua adik beradik agar dapat lunch dirumah saya esoknya.. alhamdulillah ada jugaklah anak dara saya tolong tangkapkan beberapa gambar, kalau harapkan saya masa tu, sibuk..pakat xdelah sebarang gambar yg boleh disimpan.. ini jelah hasil kerja budak 4 tahun..
ada yang melayu tulen tu yg kena buat nasi jugak..siakap 3 rasa

sepat masak lemak campur pegaga..


mee rebus tulang..patut kuah rebus warna cerah..saja letak warna bg menarik sikit hehhehe. bahan2 untuk mee n bihun rebus..