BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

HIDUP UNTUK HIDUP

Perjalanan ini sungguh memenatkan..Apa tidaknya semakin kehujung semakin sukar..sedangkan beban bertambah berat. Tanggungjawab semakin sarat. Tetapi adakah pilihan lain selain meneruskannya?? Hidup selagi hidup. Jangan mati sebelum mati..


Sering diri diperingatkan, kalau ada masalah ditengah jalan..teruskan perjalanan.. Apabila yakin tujuan dan matlamat tidak sesat, tidak timbul soal kembali ke pangkal jalan.. Ini jalan paling benar, walaupun singkat, walaupun jalannya yang paling sukar dan terasa amat berat..inilah jalannya.


Hidup tidak boleh dibelenggu jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dikorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan. Hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik. Nafas dan aliran darah adalah modal untuk ibadah. Susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah. Sabar dan syukur adalah minyak pada pelita hidup yang meliuk lentuk dipukul badai angin kehidupan.


Tidak takut bersendirian..tidak tersasar ketika kesunyian..katakan pada diri ini, ketika kau sepi sendiri, disisimu sentiasa ada PEMERHATI...



dalam sekolah kehidupan, sentiasa ada pembelajaran yang mesti ditempuhi. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. tidak ada guru tertentu, tetapi hakikatnya diri adalah pelajar sepenuh waktu. jika datang topeng kepura-puraan itulah guru yang mengajar kau erti berhati-hati.



Jika hampir menjana kejujuran maka teguklah ilmu keikhlasan. Jangan berubah pendirian, Jadilah wajah yang satu dihadapan yang SATU....jadilah dirimu sendiri...Insyaallah kau akan tetap juara..tapi jika kau berlakon, bertukar menjadi klon ke-2 klon ke-3 atau seterusnya... jangan bermuka-muka untuk menempah nama..jangan berdiri dibawah bayang orang lain hanya untuk dikenali sebagai berjasa...


Bertatihlah dengan kaki sendiri lebih mulia dari bersayap emas milik orang lain. Jadilah raja dalam kerajaan diri yang menghirup udara kebebesan dengan kemerdekaan sejati. mendongak dengan tidak bongkak..mengalah tidak kalah..tiada istilah kalah..cuma menangguhkan kemenangan. Lupakan keperitan masa lampau setelah diperah segala pengajaran dan iktibar. Kegagalan masa lalu adalah yuran kejayaan kini. Menyesal itu bebal, kesal itu bekal..


Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati..Insyallah kau akan terus hidup walaupun sesudah mati...Ingatkan diri ini selalu, bahawa hidup didunia ini sangat penting kerana adanya Hari Akhirat...

Sesungguhnya, hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati...katakan pada diri ini, hidup bukan sekali...jadi, hiduplah selagi hidup...kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP..

3 comments:

tajamkannuraniku said...

SALAM PERJUANGAN..
waduh.. kata-kata yang penuh bermadah..penuh pengertian..hanya orang-orang yang melaluinya saja mampu merasa, mengerti dan mampu merenung dan ambil pengajaran..
Apapun itulah kehidupan..naik, jatuh..menang kalah, berjaya gagal, untung rugi, sihat sakit, kaya miskin,dekat dgn Nya jauh dgn Nya..suka duka..ramai seorang..pasti kita laluinya..namun jika kita kaya jiwa semua itu pasti manis..manis yang dia saja merasanya...semua itu anugerah bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul serta perjuangan nya tanpa syarat...

Semoga cepat sembuh..jaga pemakanan dan jgn lupa bersenam selalu..

tajamkannuraniku said...

Su..selepas Ramadhan akak dah posting lebih 6 kali..napa di screen usu ni last posting akak 2 bulan yang lepas..ramai gak kawan2 komen napa lama x update blog..macamana nak betulkan tu ye...

cermin terang said...

salam..macam mana nak betulkan tu saya x tau lah kak..refresh balik jelah..nanti saya cuba refresh balik tgk bila last posting.