BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 13, 2010

Program ziarah @ RUMAH PENAWAR

Selasa 13 julai 2010..hari ini dalam sejarah..

Bukanlah satu sejarah yang besar..yang boleh menukar sejarah negara..tapi hanyalah catatan sejarah untuk diri ini..sekali lagi melangkah kearah kebaikan...alhamdulillah..moga langkah ini akan terus melangkah menuju dan sentiasa cenderung untuk ke arah itu...amin..

Program berniat hanyalah sekadar ziarah lebih2 lagi menyampaikan sedikit sumbangan demi mencari redhaNya ditambah pula pada bulan yang mulia ini...

Sesampainya kami ke RUMAH PENAWAR..rumah ni terletak di laluan utama dari Shah Alam ke Puncak Alam..kena melalui laluan tanah merah..tidak bertar..melalui ladang kelapa sawit..melalui anak sungai..ternyata laluan untuk memasuki pusat ini..adalah laluan sukar..dalam hati berkata2..begitu jugak lah bakal penghuni yang akan saya temui ini..juga melalui laluan sukar dalam hidup mereka..terus rasa tidak sabar2 meluap2 untuk bertemu dengan penghuni rumah tersebut...untuk mengetahui..mendalami..berkongsi segala cerita yang mereka rela untuk ceritakan..ceritalah wahai kalian..aku sudi untuk mendengarnya...


Turun saja kaki dari kereta mata terpaku melihat pondok2 kecil..semuanya berdindingkan kayu..sementara menunggu kawan2 yang lain sampai sempatlah berbual2 dengan pengetua pondok yang mesra dikenali sebagai Wak Dol (sah2 orang jawa)..



Bila ditanya apa jenis kaedah rawatan disini..yang boleh membuatkan penagih2 ini lupa akan ketagihan mereka...tiada jawapan yang Wak Dol katakan..terus jarinya menunjukkan tanda motto pusat ini...iaitu "AGAMA PENYELESAI MASALAH"... dan saya terus mengangguk menyetujui slogan itu..memang TEPATT..buatlah beribu pusat serenti..buatlah beribu penjara..buatlah beribu apa saja..yang kononnya boleh menyelesaikan masalah sosial hari ini..mereka yang telibat dan tergolah dalam masalah ini sendiri yang memberikan jawapan tersebut..walaupun hanya sebuah motto atau slogan..tetapi diri ini tersangatlah yakin dan tersangatlah mempersetujuinya..





Apa istimewanya pusat ini???sedangkan ramai pelatih dari pusat serenti yang serba mencukupi..yang serba selesa..makan ayam selang 2-3 hari...tapi bila keluar..akhirnya hancur menahan hawa nafsu..terjerumus kembali ke kancah dadah..sedangkan disini paling hebat makanannya pun ikan masak kicap/sambal saja..bahkan kadang2 mereka hanya makan berlaukkan ikan masin dan pucuk ubi rebus saja..bila sumber kewangan tidak mengizinkan..

Saya bertanya lagi umpama seorang wartawan..walaupun tidak memiliki kepakaran dalam bidang itu..tetapi hati meluap2 untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

"Dimanakah mereka tidur?"..bagaimanakah mereka melalui kehidupan serba dhaif ini??"

Jawapannya kalian lihatlah gambar dibawah ini..inilah ruang tidur mereka..tiada kipas..tiada katil..tiada segala keselesaan yang kerajaan peruntukkan pada setiap pusat serenti dalam negara ini...tapi saya percaya dengan kata2 wak dol 80% pelatih yang keluar dari pusat ini..semuanya berjaya mengharungi ranjau kehidupan selepas keluar dari pusat ini...




Beliau (Zafni)..pelatih pertama yang sudi berkongsi rasa..menceritakan bagaimana boleh terjebak dalam kancah dadah..bagaimana menjalani kehidupan serba mencabar diri..kehendak melebihi dari kemampuan..sanggup lakukan apa saja..asalkan kehendak tercapai..tetapi dalam hati kecil tetap berdetik "sampai bila aku nak macam ni"..bertitik tolak dari itulah..dengan rela hati tiada paksaan..cuba mencari jati diri..cuba mencari jalan untuk mengenal diri sendiri..cuba mencari jalan keluar dari masalah diri..akhirnya sampai ke rumah penawar ini..Alhamdullillah..akhirnya Allah tunjukkan jalannya..






Berjayanya mereka mencari identiti diri berbanding pelatih dari pusat serenti adalah kerana mereka datang dengan hati terbuka..tiada paksaan..datang dengan matlamat untuk membersihkan diri zahir dan batin..

Pelatih2 dari pusat serenti..mereka2 ini ditangkap oleh polis..dimasukkan ke lokap..bahkan x kasar boleh saya katakan ada segelintir mereka semasa ditangkap polis pun masih dalam keadaan sedar atau tidak kerana badan dibawah pengaruh dadah..

Tidak bagi penghuni2 penawar ini...mereka datang dengan hati semata2 untuk kembali ke pangkal jalan..

Pelatih kedua ini (Syahrul)..telah 7 bulan menghuni rumah penawar ini..untuk permulaan menghuni..beliau masih samar2 dan tidak jelas apa rutin yang perlu beliau lakukan..tidak yakin adakah beliau akan dapat pulih sepenuhnya..

Program di rumah penawar ini ialah pelatih2 dikehendaki menjalani program sekurang2nya selama 9 bulan 10 hari..bersesuaian dengan penciptaan manusia dalam alam rahim..bermula dengan ciptaan daging..tulang..dan seterusnya..begitu juga disini..diawalnya..pelatih kena belajar bagaimana menguatkan diri..hanyalah dengan cara zikrullah sebanyak 750,000 zikrullah untuk dalam tempoh 3 bulan pertama..





Wak Dol adalah pengetua pusat ini..Beliau adalah bekas penagih juga.. tiada istilah makan gaji selepas pulih sepenuhnya..pernah memasuki 3 kali penjara..2 kali ke pusat serenti..tetapi tidak berjaya memulihkan diri sepenuhnya dari najis dadah..dengan beraninya menyatakan..didalam penjara juga ada jualan langsung dadah2 untuk penghuni2 melepaskan gian masing2..NAH!!!patutlah yang keluar bukannya bertambah baik..bahkan bertambah teruk jadinya..

Akhirnya berjaya memulihkan diri di rumah penawar ini..dan menwarkan diri menjadi siak di salah sebuah masjid di Meru Klang..seterusnya berjaya menjadi imam di masjid tersebut..tetapi mengalami kemalangan..akhirnya memutuskan untuk mencurahkan bakti sepenuhnya di rumah penwar ini...

Tiada apa yang membezakan kita di mata Allah..hanyalah iman dan takwa..tidak kira siapa kita sebelumnya..apa yang Allah pandang..siapa kita esoknya..





Merka menikmati masakan bukan dengan dapur gas..lihat longgokan kayu untuk dijadikan kayu api untuk memasak..setiap kali untuk mandi dan ke tandas..mereka perlu mengambil air dari telaga terlebih dahulu...bila ditanya kenapa tidak menggunakan cara yang mudah..jawapan Wak Dol..kesusahan sebenanrnya adalah guru kekuatan diri..kami mengganguk2 mengiyakan bicara Wak Dol..memang beliau seorang yang berjaya mempelajari sebuah mata pelajaran KEHIDUPAN..




< Program harian mereka bermula seawal pagi dengan menjalinkan hubungan dengan Allah..hingggalah berakhirnya hari tersebut..mereka tetap terus menjalinkan 'connection' dengan Allah..penuh dengan solat wajib..solat sunat..halaqah..hafazan..zikrullah..tadarus dan sebagainya.. Bila memasuki surau..boleh dilihat bertong2 air yasin..yang bertujuan untuk dibuat minum..membersihkan diri zahir dan batin..secara peribadi..saya merasakan agak mudah untuk menyelesaikan masalah ini..ada rasa kurang percaya..mungkin kerana kejahilan dan kekurangan diri ini..tapi itulah hakikatnya..yang telah dibuktikan oleh mereka2 yang berpengalaman..maka rugilah kita masih lagi tidak percyakan hebatnya mukjizat Al-Quran itu..memang ternyata segala perkara semua terbukti benar dalam Al-Quran itu...












Tiada sebarang tajaan..rumah ini berfungsi mengikut apa yang ada..melalui tabung2 yang diisi dari mereka2 yang prihatin..dan ada jugak bekas2 pelatih yang telah berjaya terus menerus menabur bakti..berlapang hati menginfakkan sebahagian harta yang diperolehi untuk meleihat rumah ini terus berdiri..juga saya mengigatkan diri saya sendiri..agar bukan hanya sekali ini saja saya kunjungi...moga Allah gerakkan hati kita semua untuk terus berbakti pada mereka2 ini..agar mereka terus berjaya menjadi hamba Allah yang diredhai...Amin...

Oleh itu jom kita sama2 Check n Balance diri sendiri...sebelum tidur malam ni..meh kita pakat fikir2 apa yg kita buat selama ini..dan apa kita nak buat untuk hari akan datang...renung2kan!!!

Wednesday, May 19, 2010

sharing is caring..








Gambar ini dirakam oleh saya live dari Masjid India Jln Tuanku Abd Rahman, jumaat lepas..ada kerja disekitar kawasan tersebut..tiba waktu nak pergi makan tengahari..baru perasan hari tu hari jumaat..mula2 terkejut..sampai tepilorong kedai pun orang bersembahyang...

Saya bukanlah arif dalam bab2 ini..untuk mempersoalkan samaada solat mereka ini sah atau tidak..kerana mungkin terputus saf..tetapi apa yang utamanya..golongan mukmin ini..berusaha dan ada kemahuan untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba..

Waallahua'lam...

Tuesday, May 18, 2010

happy teachers day!

Salam sayang..

maaf walaupun agak terlambat beberapa hari sempena hari yang agak sangat2 diraikan dinegara ini iaitu 'hari guru'..ditujukan pada semua bekas guru2 saya..walaupun saya yakin tiada seorang pun guru2 saya yang membaca blog ini...tetapi rasanya pensyarah2 saya di universiti dulu ada menjadi silent reader kot.. sekurang2nya saya cuba untuk memahatkan nama2 insan yang pernah berbakti pada diri ini..

Terima kasih pada cikgu2..ust2..ustzah2..profesor2..doktor2..yang pernah mencurahkan ilmu yg mulia buat insan yang dahaga dan mencari sebuah nilai penghidupan..

Antara insan2 yang masih diingati ialah cikgu rahmah, sewaktu didarjah 3..kenapa saya mengigati beliau..kerana dialah manusia yg pertama memanggil saya secara personally untuk mendengar apa masalah saya ketika itu yg melibatkan 3 penjuru..antara saya..abang saya..dan cikgu yg tidak bertudung itu..(apa kisahnyer x perlulah saya coretkan disini)..cikgu normadiah ketika saya di darjah enam, apa yg mengigatkan saya ialah jemputannya ke rumah dia kerana membuat open house buat anak2 murid kelasnya..saya bersama rakan2 pertama menaiki bas keluar dari daerah sentul..kerumah beliau dan waktu itu terasa sangat cikgu ni..lain dari yang lain..

Ketika menaiki alam sekolah menengah..ustazah mala..warden yang dedikasasi ..kerana keaktifan saya, beliau membimbing saya menjadi pemidato sekolah hingga keperingkat kebangsaan..menjaga keperluan saya diasrama..menjaga saya sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5..melayan kerenah saya hingga kadangkala mencabar kewibawaan beliau..tetapi beliau tenang menghadapi kerenah2 anak2 muridnya..saya pernah didenda kerana malas turun prep waktu tingkatan 3..saya didenda membuat latih tubi matematik sebanyak 300 soalan selama 3 hari..

Ustaz Hassan..kini telah kembali kerahmatullah..seoraqng ustaz yang sangat serius tetapi penyayang..sangat baik kepada saya..selalu belanja karipap waktu rehat..

Cikgu Azizul..seorang guru penolong kanan yang sangat tegas..sangat rapat dengan saya..dengan memanggil saya 'ADIK'..kerana dia berbinkan Abd Rahman..sama nama dengan bapa saya..thats why dia panggil saya adik..seorang cikgu yang sangat percaya pada kewibawaan dan potensi diri ini...sewaktu saya dipilih menjadi pengawas semasa tigkatan 5..pernah menjadi kontroversi diatas pemilhan itu..tetapi beliau komited pada katanya...cayalah cikgu!!..kerana peluang itu saya rasa saya mampu diatas kepercayaan yang cikgu beri itu..membimbing saya dalam perbahasan peringkat sekolah hingga ke peringkat negeri..

Juga kepada Puan Has..En.Latif..Pn.Mona..prof Harlina..doktor Feridah..dan semua pensyarah2 Fakulti Pengurusan Pejabat Uitm Shah Alam..mustahil untuk saya menyenaraikan semua guru2 yang pernah menabur bakti dan usaha keatas diri ini..Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua..semoga usaha kalian akan mendapat berkat dan menjadi amalan soleh yang boleh dibawa ke PENGHIDUPAN YANG BERKEKALAN...amin..

p/s: saya pernah menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di Sek.Keb.Jln Kuantan 2..pada tahun 2002..sempat jugak merasa diraikan sebagai guru waktu itu..memang seronok..saya mengaku saya bukanlah guru yang baik..dengan tidak tahan sabarnya..dengan garangnya..dengan mudah naik anginnya..tapi kecantikan..kebaikan..budi baik itu semuanya subjektif..semua orang memandang dari sudut yang berbeza..dan diwaktu itu..saya menjadi guru yang mendapat hadiah paling banyak..kalau dah dapat hadiah paling banyak..means, saya adalah guru yang disukai murid..hehehhe :-))terima kasih murid2ku..





Dan ini adalah jugak menajadi faktor kenapa saya 'berblog'..kerana untuk mencatat semua pengalaman2 yang pernah dilalui..ia hanyalah sebagai medium untuk zuriat saya mengetahui dan memahami apa yang pernah saya lalui satu ketika dulu...sekiranya satu masa nanti saya telah tiada atas muka bumi..blog ini boleh menjadi pengubat rindu mereka..

Sunday, May 9, 2010

Maher Zain - Always be There!



Always Be There (Writer: Thanks Allah!)


Allahuakbar....


If you ask me about Allah

And what I know about it

I'll answer will be....


It's everything about Allah

The pure love to our soul

Who have created you and me,

The heaven and whole universe

The One that made us hold and free

The Guardian of His True believers


So when the time gets hard

There's no way to turn

As He promises to you

He'll always be there

To bless us with His love and His mercy coz

As He promises to you

He'll always be there


He's always watching us, guiding us

And He knows what's in our little heart

So when you lose your way to Allah

You should turn

As He promises to you

He'll always be there...


Colud bring the sun from the darkness

Into the light

Subhanallah

Capable of everything

Should never feel afraid of anyhting

As long as we follow His guidance

All the way through a short time

We have in this life

Soon it'll all be over

And we'll be in His heaven

And we'll be fined


So when the time gets hard

There's no way to turn

As He promises to you

He'll always be there

To bless us with His love and His mercy coz

As He promises to you

He'll always be there

He's always watching us, guiding us

And He knows what's in our litlle heart

So when you lose your way to Allah

You should turn

As He promises to you

He'll always be there...


Allahuakbar..

Friday, May 7, 2010

MOOD RAJIN DATANG..

Tetiba terasa dah lama sangat x kedapur..maklumlah anak2 xde minggu lepas..sebab hantar mereka ke kampung..balik kesini..rasa terpanggil pulak untuk ke dapur bersama putri2 sambil ajak mereka main "playdooh original"..


Mula2...buat isi karipap tu..1st doter cakap.."sedapnyer bau ma!!..dah x sabar nak makan dah ni"..ye lah tu..ayat ikhlas ke @ ayat nak intro buat kacau..??apa2 pun mama hargai masa ni tau..kita tebus masa yang mama sibuk kerja ok..its time to enjoyyyy!!










Kita buat "bulat kecil2x.. bulat yang besar..sayang mama..sayang ayah..sayang semua.." sambil nyanyi2 kat dapur...

























Nyanyi2 sambil posing2..














Nyanyi2..gelek2..mama punya excited baju balik dari kerja pun x salin lagi..terus pi dapur...
































lepas gelek2..debbbuuuussshhhh dalam minyak panas...














TaaaaaDaaaaa...dah siap pun..walaupun x cantik, tapi kita dapat main masak2 sama2kan...its a great moment for us!
















Adik dah x sabar dah nak merasa..kakak cakap "adik kena jadi hakim..rasa dulu best ke x..kakak buat ni"..(aik..lembu punya susu..sapi yg dapat nama)
















Gelojoh sangat nak merasa...Hah! menganga mulut kepanasan.. sabar dik!!

















Sebenarnya..nak beli karipap apalah sangat dengan nilai 4 biji Rm1 tu..boleh sesangat nak membeli..tapi..apa yang utama..adalah niat...apa tujuan sebenarnya nak buat karipap tu.. nak bermain2 dengan anak..tu yang utamanya..anak2 gembira..kita pun gembira dapat bersama..walaupun mengacau2 kat dapur tu..YANG PENTING..KITA ENJOYYYY!! I LOVE U SAYANG!

Tuesday, April 20, 2010

MACAM2 HAL..

Salam Sayang to all readers...

Lama sungguh dah x update blog ni..bersawang dah rasanyer..kalau lah blog ni sebuah penghidupan..dah lama innalillah..kehidupan nak kena dibela..nak kena dijaga..diberi makan..diberi minum..ini x, kerana dia bukan sebuah penghidupan lah..memang x heran langsung..

Kenapa dah lama x update..?? kenapa erk..macam2 hal berlaku semenjak dua menjak ni..tu yg terbengkalai sama sekali untuk meletakkan sebarang new post... sooorrryyyyy!!!

tahun 2010 ni memang dah ditarget sebagai tahun untuk pulun..so..masuknyer 2010 januari lalu..bermula lah azam yang satu tu dilaksanakan..weekdays dipenuhi dengan jadual sale kesana kemari..weekend..dah tentu tidak boleh diganggu..hanya tumpuan terletak 100% to my beloved family..

kesibukan kerja antara faktor jugaklah..tiada masanya untuk menaip sesuatu kat layar ni..

masuk awal bulan april ni..cabaran sebenar telah berlaku..tanggal 3 april bersamaan hari sabtu..pembantu rumah saya mohon untuk bercuti atas alasan untuk bertemu saudara sekampung yang ingin balik ke Lombok..bila ditanya kenapa..jawabnya "mahu dikirim baju untuk anak saya"..dengar jawapan dan timbang rasa kerana dia mengambil cuti kali terakhir adalah bulan febuari lepas..itupun kerana kami sekeluarga bercuti.."ok lah bik..saya bagi lah awak cuti..tapi balik esok petang ye.sebab isnin saya kena kerja"...agaknyer masa aku meluahkan kata macam tu..dalam hati dia melonjak keriangan yg x terkata dah kot..

Pagi tu saya dan suami dah bercadang nak bawak anak2 pergi ke Zoo Negara..so, pagi2 lagi saya dah suruh bibik rebuskan mee, sawi, telur,potong bawang n goreng, siapkan lah semua perencah untuk buat mee jawa..Tengan masak didapur..sempat lagi saya brtanya.."awak nak keluar bila?..dia jawab petang2 sikit lah puan..dalam pukul 4-5 nanti..bila dah selesai semua kerja rumah" jawabnye penuh lemah lembut..bila semua perkara dah selesai..kami pun bergerak lah menuju ke Zoo Negara pukul 11..

Ahad petang tunggu..punya tunggu..punya tugggu..dalam masa tu saya n suami terus dail..dail..n terus mendail..diantara panggilan yg dibuat..ada yg dapat tapi x berjawab..ada jugak yang off...sampai lah ke pukul 9 mlm isnin..dapat la suami bercakap dengannya..dia berjanji nak balik isnin pagi..2 hari selepas tu..panggilan dibuat..tapi hanya diam membisu..diangkat tapi tiada suara..tapi akhirnya x pulang2 hingga ke hari ini..kesudahannya memang dia dah lari..

Isnin pagi tu bermula lah episod kelam kabut kami suami isteri..mana nak letak anak2 sepeninggalan pergi kerja..

ISnin akhirnya 2-2 x pegi kerja..selasa..bergilir2 jaga anak..nasib baik 2-2 kerja tidak terikat..dalam masa yg sama mintak tolong mertua tengokkan anak2..terpaksa la mak turun KL...terima kasih mak!!

Hari khamis akhirnya anak2 diputuskan untuk dihantar ke nursery..puas menerangkan keadaan sebenar pada anak2 yg sementah 5 dan 2 tahun..memang xkan faham punya..bila dihantar ke taska pagi2..jeritnya dan takutnya mereka tu macam nak masuk ke penjara..penuh ngeri hidup dalam tu gamaknya..agaknya derita yg x berkesudahan hidup ditaska tu..menunggu mama n ayah ambil waktu petang tu rasanya macam 2 tahun menanti kot!!

Letihnya selepas pulang dari kerja x payah ceritalah..dengan badan letih..balik2 terus pegi ambil anak ditaska..dengan nak masak untuk makan malam..dengan nak uruskan kain baju yg nak kena basuh..nak kena jemur..nak kena lipat..aduuuuhhhh.. bila tiba kena closing booth..terpaksa keluar waktu malam..dulu boleh tinggalkan anak dirumah..kena la bawak segerombolan ni sekali untuk bungkus2 barang.. kesiannyar dengan meraka yg masih kecil tapi diarak kesana kesini..ni semua adalah kerana tiada siapa yg nak jaga mereka di rumah..bila sampai hari sabtu..taska x bukak..saya terpaksa uruskan beberapa perkara ..terpaksa berpecah..adik dengan mama..kakak dengan ayah..untuk mengurangkan tekanan kalau dibawa 2-2 sekali..terima kasih ayah..sanggup bawak anak ke tempat kerja..berhadapan dengan kerenah mereka yang dah selesa berBIBIK..bila tiba2 xde..masing2 terus demam..batuk.aduh laaaaa...sampai dah x terkata apa dah saya dan suami..BINGUNG!!...

Rengetan anak yang kecil dok nak ke bilik bibik..Rindu gamaknyer..sejak habis pantang dibela oleh dia..serasi..alih2 ditinggalkan begitu saja..emosi dia sangat terganggu!!..

Faham dengan keadaan cucu2 yang kehilangan..akhirnya mak mertua saya akur dengan perasaan simpati seorang nenek..datang ke KL semula menjaga anak2 saya kembali..dan lah budak2 tu belajar duduk taska 5 hari... lagi sekali terima kasih banyak2 mak!!

Dalam masa yang sama 2-3 orang telifon kononnyer nak bekerja sebagai pembantu rumah..sumer2nyer INDON...tapi berkesudahan yang sama..x dapat pengganti jugak akhirnya..dorang (INDON) ni dah semakin demanding..hebat2...

Dan akhirnya kata putus..buat sementara waktu..anak2 terpaksa di pos ke kampung kerana opahnya pun kelam kabut nak menguruskan perkahwinan ipar saya pada bulan 6 ini..saya dan suami tiada pilihan..nak biarkan orang tua tu dok di KL..komitmen dia masih banyak di kampung..kalau tinggal disini..persolan sampai bila...kerap muncul dikepala saya n suami..

Dalam masa kelam kelibut ni..barang2 rumah perlu di packing awal2 untuk perpindahan kami ke rumah baru..yeeee...walaupun ada rintangan dan dugaan disitu..ada jugak perkabaran gembira buat kami..yearrgghhh..rumah baru di Alam Budiman dah boleh diduduki..cuma ada beberapa perkara yg perlu di touch up sikit..insyaallah dalam bulan 5 hujung..selesailah semua ni..

So, anak2ku, terima lah keputusan ini..mama n ayah promise every friday mama balik kampung tengok kalian..masing2 x nak duduk taska kan..so, tinggal di kampung adalah jalan terbaik buat masa ni..opah boleh selesaikan kerja dia..dalam masa yang sama boleh jaga kalian ok...

Mama n Ayah..buat kerja kami seperti rutin biasa...ada banyak masa untuk uruskan renovation rumah..uruskan packing2 barang2 rumah..uruskan kerja2 booth mama..so, bagi sedikit ruang untuk mama n Ayah settlekan beberapa perkara..janji selesai semua perkara ni..Kalian akan terus dibawa kerumah baru kita nanti...SABARLAH SAYANG!!

Semua ini adalah liku2 hidup yang perlu kita hadapi..selagi bernama manusia..cabaran itu sentiasa ada.. itulah proses pembelajaran..belajar untuk menguruskan kehidupan..belajar untuk proses kematangan..belajar untuk hidup berumahtangga..begitulah hidup ini..

Pentas inilah untuk menguji kasih sayang sesama kita..Pentas ini lah untuk menguji kesabaran kita dalam pasangan rumahtangga ini..Pentas inilah untuk menguji kemampuan kita menjaga amanah kurniaan Illahi yang dianugerahkan buat kita..Pentas inilah untuk meCERMIN seBESAR2nya..kisah orang tua kita membesarkan kita..

Dan perjalanan inilah yang membawa ke penghujung dimana..disana ada 2 simpang..BAHAGIA atau PORAK PERANDA..sesebuah rumahtangga..di situlah tahap penilaian kita untuk sama2 berdayung menuju KEBAHGIAAN HINGGA KE AKHIR HAYAT..

Didedikasikan post kali ini..buat suami ku yang tercinta..terima kasih kerana memahami kemampuan diri ini..terima kasih kerana bersabar dengan diri ini..terima kasih kerana banyak mengalah dengan diri ini..

Juga buat mertuaku..terima kasih kerana mengasihi kami ini..terima kasih kerana menerima diriku ini..menumpang kasih padamu..

U'LL GET REWARDS FROM ALLAH...insyaallah..amin..

Thursday, March 11, 2010

CIPTAAN PART 1

Salam...

kenapa kita suka melihat pemandangan segala ciptaan?? x kira la ciptaan tu adalah pembuatnya dari Allah SWT..iaitu pencipta yang paling agung atau ciptaan hasil buatan manusia..mari kita tengok dan pandang gambar2 dibawah ni..dah gambar2 yang akan saya upload kemudian (part 2)..dan kita perhatikan..manakah yang lebih menggembirakan dan menenangkan hati kita...