BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 13, 2010

Program ziarah @ RUMAH PENAWAR

Selasa 13 julai 2010..hari ini dalam sejarah..

Bukanlah satu sejarah yang besar..yang boleh menukar sejarah negara..tapi hanyalah catatan sejarah untuk diri ini..sekali lagi melangkah kearah kebaikan...alhamdulillah..moga langkah ini akan terus melangkah menuju dan sentiasa cenderung untuk ke arah itu...amin..

Program berniat hanyalah sekadar ziarah lebih2 lagi menyampaikan sedikit sumbangan demi mencari redhaNya ditambah pula pada bulan yang mulia ini...

Sesampainya kami ke RUMAH PENAWAR..rumah ni terletak di laluan utama dari Shah Alam ke Puncak Alam..kena melalui laluan tanah merah..tidak bertar..melalui ladang kelapa sawit..melalui anak sungai..ternyata laluan untuk memasuki pusat ini..adalah laluan sukar..dalam hati berkata2..begitu jugak lah bakal penghuni yang akan saya temui ini..juga melalui laluan sukar dalam hidup mereka..terus rasa tidak sabar2 meluap2 untuk bertemu dengan penghuni rumah tersebut...untuk mengetahui..mendalami..berkongsi segala cerita yang mereka rela untuk ceritakan..ceritalah wahai kalian..aku sudi untuk mendengarnya...


Turun saja kaki dari kereta mata terpaku melihat pondok2 kecil..semuanya berdindingkan kayu..sementara menunggu kawan2 yang lain sampai sempatlah berbual2 dengan pengetua pondok yang mesra dikenali sebagai Wak Dol (sah2 orang jawa)..



Bila ditanya apa jenis kaedah rawatan disini..yang boleh membuatkan penagih2 ini lupa akan ketagihan mereka...tiada jawapan yang Wak Dol katakan..terus jarinya menunjukkan tanda motto pusat ini...iaitu "AGAMA PENYELESAI MASALAH"... dan saya terus mengangguk menyetujui slogan itu..memang TEPATT..buatlah beribu pusat serenti..buatlah beribu penjara..buatlah beribu apa saja..yang kononnya boleh menyelesaikan masalah sosial hari ini..mereka yang telibat dan tergolah dalam masalah ini sendiri yang memberikan jawapan tersebut..walaupun hanya sebuah motto atau slogan..tetapi diri ini tersangatlah yakin dan tersangatlah mempersetujuinya..





Apa istimewanya pusat ini???sedangkan ramai pelatih dari pusat serenti yang serba mencukupi..yang serba selesa..makan ayam selang 2-3 hari...tapi bila keluar..akhirnya hancur menahan hawa nafsu..terjerumus kembali ke kancah dadah..sedangkan disini paling hebat makanannya pun ikan masak kicap/sambal saja..bahkan kadang2 mereka hanya makan berlaukkan ikan masin dan pucuk ubi rebus saja..bila sumber kewangan tidak mengizinkan..

Saya bertanya lagi umpama seorang wartawan..walaupun tidak memiliki kepakaran dalam bidang itu..tetapi hati meluap2 untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

"Dimanakah mereka tidur?"..bagaimanakah mereka melalui kehidupan serba dhaif ini??"

Jawapannya kalian lihatlah gambar dibawah ini..inilah ruang tidur mereka..tiada kipas..tiada katil..tiada segala keselesaan yang kerajaan peruntukkan pada setiap pusat serenti dalam negara ini...tapi saya percaya dengan kata2 wak dol 80% pelatih yang keluar dari pusat ini..semuanya berjaya mengharungi ranjau kehidupan selepas keluar dari pusat ini...




Beliau (Zafni)..pelatih pertama yang sudi berkongsi rasa..menceritakan bagaimana boleh terjebak dalam kancah dadah..bagaimana menjalani kehidupan serba mencabar diri..kehendak melebihi dari kemampuan..sanggup lakukan apa saja..asalkan kehendak tercapai..tetapi dalam hati kecil tetap berdetik "sampai bila aku nak macam ni"..bertitik tolak dari itulah..dengan rela hati tiada paksaan..cuba mencari jati diri..cuba mencari jalan untuk mengenal diri sendiri..cuba mencari jalan keluar dari masalah diri..akhirnya sampai ke rumah penawar ini..Alhamdullillah..akhirnya Allah tunjukkan jalannya..






Berjayanya mereka mencari identiti diri berbanding pelatih dari pusat serenti adalah kerana mereka datang dengan hati terbuka..tiada paksaan..datang dengan matlamat untuk membersihkan diri zahir dan batin..

Pelatih2 dari pusat serenti..mereka2 ini ditangkap oleh polis..dimasukkan ke lokap..bahkan x kasar boleh saya katakan ada segelintir mereka semasa ditangkap polis pun masih dalam keadaan sedar atau tidak kerana badan dibawah pengaruh dadah..

Tidak bagi penghuni2 penawar ini...mereka datang dengan hati semata2 untuk kembali ke pangkal jalan..

Pelatih kedua ini (Syahrul)..telah 7 bulan menghuni rumah penawar ini..untuk permulaan menghuni..beliau masih samar2 dan tidak jelas apa rutin yang perlu beliau lakukan..tidak yakin adakah beliau akan dapat pulih sepenuhnya..

Program di rumah penawar ini ialah pelatih2 dikehendaki menjalani program sekurang2nya selama 9 bulan 10 hari..bersesuaian dengan penciptaan manusia dalam alam rahim..bermula dengan ciptaan daging..tulang..dan seterusnya..begitu juga disini..diawalnya..pelatih kena belajar bagaimana menguatkan diri..hanyalah dengan cara zikrullah sebanyak 750,000 zikrullah untuk dalam tempoh 3 bulan pertama..





Wak Dol adalah pengetua pusat ini..Beliau adalah bekas penagih juga.. tiada istilah makan gaji selepas pulih sepenuhnya..pernah memasuki 3 kali penjara..2 kali ke pusat serenti..tetapi tidak berjaya memulihkan diri sepenuhnya dari najis dadah..dengan beraninya menyatakan..didalam penjara juga ada jualan langsung dadah2 untuk penghuni2 melepaskan gian masing2..NAH!!!patutlah yang keluar bukannya bertambah baik..bahkan bertambah teruk jadinya..

Akhirnya berjaya memulihkan diri di rumah penawar ini..dan menwarkan diri menjadi siak di salah sebuah masjid di Meru Klang..seterusnya berjaya menjadi imam di masjid tersebut..tetapi mengalami kemalangan..akhirnya memutuskan untuk mencurahkan bakti sepenuhnya di rumah penwar ini...

Tiada apa yang membezakan kita di mata Allah..hanyalah iman dan takwa..tidak kira siapa kita sebelumnya..apa yang Allah pandang..siapa kita esoknya..





Merka menikmati masakan bukan dengan dapur gas..lihat longgokan kayu untuk dijadikan kayu api untuk memasak..setiap kali untuk mandi dan ke tandas..mereka perlu mengambil air dari telaga terlebih dahulu...bila ditanya kenapa tidak menggunakan cara yang mudah..jawapan Wak Dol..kesusahan sebenanrnya adalah guru kekuatan diri..kami mengganguk2 mengiyakan bicara Wak Dol..memang beliau seorang yang berjaya mempelajari sebuah mata pelajaran KEHIDUPAN..




< Program harian mereka bermula seawal pagi dengan menjalinkan hubungan dengan Allah..hingggalah berakhirnya hari tersebut..mereka tetap terus menjalinkan 'connection' dengan Allah..penuh dengan solat wajib..solat sunat..halaqah..hafazan..zikrullah..tadarus dan sebagainya.. Bila memasuki surau..boleh dilihat bertong2 air yasin..yang bertujuan untuk dibuat minum..membersihkan diri zahir dan batin..secara peribadi..saya merasakan agak mudah untuk menyelesaikan masalah ini..ada rasa kurang percaya..mungkin kerana kejahilan dan kekurangan diri ini..tapi itulah hakikatnya..yang telah dibuktikan oleh mereka2 yang berpengalaman..maka rugilah kita masih lagi tidak percyakan hebatnya mukjizat Al-Quran itu..memang ternyata segala perkara semua terbukti benar dalam Al-Quran itu...












Tiada sebarang tajaan..rumah ini berfungsi mengikut apa yang ada..melalui tabung2 yang diisi dari mereka2 yang prihatin..dan ada jugak bekas2 pelatih yang telah berjaya terus menerus menabur bakti..berlapang hati menginfakkan sebahagian harta yang diperolehi untuk meleihat rumah ini terus berdiri..juga saya mengigatkan diri saya sendiri..agar bukan hanya sekali ini saja saya kunjungi...moga Allah gerakkan hati kita semua untuk terus berbakti pada mereka2 ini..agar mereka terus berjaya menjadi hamba Allah yang diredhai...Amin...

Oleh itu jom kita sama2 Check n Balance diri sendiri...sebelum tidur malam ni..meh kita pakat fikir2 apa yg kita buat selama ini..dan apa kita nak buat untuk hari akan datang...renung2kan!!!

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Boleh kongsi alamat Desa Penawar? Boleh email saya ke eivawan@yahoo.com

ustaz soleh said...

Assalamualaikum saya sedang mencari nombor tel pak wan ustaz yg menguruskan pusat ini terimakasih

Anonymous said...

Salam, boleh saya dapatkan alamat dan nombor telefon rumah penawar?

Anonymous said...

boleh pn alamat dekat saye tak ke email sye

Unknown said...

Assalamualaikum maaf ye ni nk tanya buka lg ke pusat pemulihan penawar ni?

Unknown said...

a'kum...
bagaimana sy nak ker pusat pemulihan ni..sy mohon bantuan..!!!