BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

Nak Apply atau Tidak..Ask URSELF!!

Kadang kala kita selalu nakkan yang terbaik...betul mana ada manusia ni sempurna kan? tapi kuat saya rasakan tak salah untuk mencuba..tambah-tambah benda baik, selangkah kita mengatur kearah kebaikan bukan ke dah djanjikan ganjarannya..bukanlah maksud buat baik tu sebab nak kan ganjaran tu..tapi kenapa pulak kita nak pilih sesuatu yang buruk kan..so, sempena baru menyambut hijrah..masih dalam mood "FRESH"..datang pulak tahun masihi..tak mustahil kita akan gandakan "FRESH" kita tu..

Saya terbaca satu tips yang sangat menarik tuk kita kongsikan sempena tahun baru 2010..moga2, kita akan selangkah lagi ke arah kebaikan..segala kejayaan semuanya dengan langkah pertama..tanpa langkah pertama..kita takkan kemana2..Lebih elok selangkah..daripada tak membuka langkah langsung untuk kearah itu..



PETUA KECANTIKAN

1. For attractive lips, Speak words of kindness :Terjemahannya : Bagi memiliki bibir yang menarik, tuturkan kata yang baik-baik.

2. For lovely eyes, Seek out the good in people :Terjemahannya : Bagi memiliki mata menawan carilah yang baik-baik mengenai orang lain.
3. For Slim figure, Share your food with the hungry : Terjemahannya : Bagi memiliki potongan badan yang lansing, kongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

4. For beutiful hair, let a celaihild run fingers throught it once a day : Terjemahannya : Bagi memiliki rambut yang cantik, biarkan anak-anak membelainya sekali sehari.

5. For poise, walk with teh knowledge, you'll never walk alone : Terjemahannya : Untuk kelihatan ayu, berjalanlah dengan pengetahuan dan kita tidak akan berjalan keseorangan.




6. People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed and reedemed : Terjemahannya : Manusia melebihi benda-benda lain, ianya perlu dipulihkan semula, diperbaharui, dihidupkan semla, ditebus guna dan rawat.

7. Never throw out anybody : Terjemahannya : Jangan sekali-kali membelakangkan sesiapa.
9. As you grow older you will discover that you have two hands : One for helping yourself, the other for helping others : Terjemahannya : Apabila kita semakin dewasa, kita akan dapati kita mempunyai 2 tangan : sebelah untuk membantu diri sendiri, sebelah lagi untuk membantu orang lain..




So nice tips...means that, tiada kecantikan yang lebih bagus selain kecantikan dalaman..dari dalam maka terlahirlah ianya keluar..sempurna didalam..sempurnalah diluar..Fikir2kan..

Selamat tahun baru, harapan yang baru, impian yang baru, orangnya tetap sama, itulah kita.. APakah nilai yang paling besar dalam pembinaan KLCC, satu bangunan yang ternama bukan hanya didalam Malaysia, bahkan pelusuk dunia mengenalinya..Nilainya adalah langkah pertama pengILHAMnya mencatitkan keatas kertas struktur dan idea beliau..Maknanya tiada kertas pertama catitan pengILHAMnya maka tiadalah bangunan hebat itu.. KLCC tersebut.
Begitu juga hidup kita, tanpa langkah pertama, kita akan duduk ditakuk itu, tiada perkembangan, tiada penambahbaikan, tiada kecemerlangan, tiada cita2.. sampai bila kita nak hidup macam tu..Sekiranya kita rasa bahagia dengan keadaan itu, CERMIN seBESAR2nya adakah sebenarnya bahagia sepenuhnya...So, selamat beramal..

Wednesday, December 16, 2009

HIJRAH..!!

Kalau ditanya, sejauh mana kita tahu sejarah hijrah itu sendiri.. Sedari kecil sejak sekolah rendah memang kita dah sedia maklum apa cerita dan kisahnya..Siapa yang membawa kisah hijrah itu sendiri.. Dari mana dan kemana penghijrahan yang telah Beliau lakukan.. Apa tujuan dan matlamat hijrah itu dilaksanakan.. Dan apakah teladan yang patut kita selami dari kisah penghijrahan itu..Sudah semestinya kita dapat jawapan semudah yang kita semua sedia maklum...

Tapi sejauh mana kita mengaplikasikan dalam hidup bukan hanya setakat istilah hijrah itu sahaja bahkan adakah kita mempraktikkan sebetulnya apa yang terkandung dalam kisah yang

semestinya boleh membawa impak yang besar dalam seluruh kehidupan kita ini..
Jadi sempena kedatangan tahu baru yang akan muncul ini, saya menyeru DIRI SAYA sendiri juga sahabat2 untuk sama-sama menCERMIN diri kita seBESAR2nya untuk mencari kekurangan yang kita sendiri lakukan dan mengambil iktibar atas apa yang terjadi atas diri kita.. Mengambil iktibar dan melakukan penambahbaikan untuk sesuatu yang baru yang mungkin boleh membuahkan satu hasil yang lebih baik..InsyaAllah..
Selamat tahun baru maal hijrah..mohon maaf selama tahun yang lepas ini..moga tahun yang akan datang kita dilimpahi rahmat dan redha Allah untuk seluruhnya..amin..

Monday, December 7, 2009

SIAPA AKU ..? HEBATKAH AKU? untuk jadi hebat..tak perlu jadi orang lain..jadilah diri sendiri..

Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang disebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.

Dibawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "malangnya diri ini...Alangkah baik kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi dan penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang asyik berfikir tiba-tiba dia merasa keadaaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

"Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan cahaya matahari."

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan.

"Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti rasaksa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari." tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yang bergerak megah dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi!, Ia berjaya memecahkan gumpalan awan."
Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam.

"Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari'" gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada pemecah batu.

"dan pemecah batu itu ialah aku!"

Dengan penuh bertenaga ia melaungkan , "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah dariapda awan, lebih kuat dari matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan tuhan untukku."

Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjayanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Benar, manusia tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya kita tak lihat dengan MATA HATI, dengan kaca mata REDHA, dan CERMIN KESYUKURAN...

Sepanjang masa dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah dengan diri sendiri..Kalaulah kita macam tu tiada kesedaran..maka kita takkan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya..bahkan akan sentiasa rasa terkilan yang berpanjangan..

Justeru untuk menajadi manusia hebat, tak perlu kita jadi orang lain, tapi jadilah diri kita sendiri..Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha serta kekuatan sebenarnya..Dalam masa yang sama kita mencari dimanakah kelemahan yang perlu diungkai keluar..dari situ kita mula meneroka anugerah tersembunyi yang Allah kurniakan..

YAKINLAH, BAHAWA ALLAH MENCIPTAKAN KITA SEBAGAI MAKHLUK UNIK DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN!!!
(gambar ini adalah puteri saya yg 2..anugerah Allah yang tak ternilai, membawa rahmat dan rezeki yang tak terduga..kejadiannya yang unik dari puteri yang pertama..gambar dirakam semasa umurnya 14 hari)

RENUNG2KAN..

Tuesday, December 1, 2009

ORDER APA?

tengah sibuk2 kira stok tudung (Qisyaini Collection..nantikan kemunculannya dalam blog ni..then order ye..hehhehe) yg baru siap..tiba2 datang la anak dara sorang ni nak enterprreme jugak (nyibuk la apa lagi)..


Qila : Mama, kakak tolong boleh?

Mama: Tak payah..mama tengah sibuk ni..kakak buat la keje lain..

Qila : Kakak nak buat apa?

Mama: Buat la apa2..

Qila: kakak ambik order la ma..

Terus pegi carik pen dengan kertas..nak jadi waitress la tu..

Qila: Puan, nak makan apa?

Sambil buat kerja, tak pandang pun apa yang dia buat..terus jawab..

Mama: Bagi saya kuew tiau satu..minum teh ais ye!

Qila: Teh Ais xde puan..susu kambing ada..lagipun susu kambing baik untuk kesihatan..

Mama: Apa2 je la..

Qila: ok..tunggu makanan tiba ye..




TUNGGGU..........


///



///


///


///
NAH...SAMBIL HULURKAN KERTAS ORDER TADI..

Kah.kah..kah.. lawak nyer anak aku menulis..camni la rupanya ejaan kuew tiau rupanya..hahhahahhha...(nak gelak besar).. apa-apa hal pun i'm proud of you dear!!