BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 16, 2009

HIJRAH..!!

Kalau ditanya, sejauh mana kita tahu sejarah hijrah itu sendiri.. Sedari kecil sejak sekolah rendah memang kita dah sedia maklum apa cerita dan kisahnya..Siapa yang membawa kisah hijrah itu sendiri.. Dari mana dan kemana penghijrahan yang telah Beliau lakukan.. Apa tujuan dan matlamat hijrah itu dilaksanakan.. Dan apakah teladan yang patut kita selami dari kisah penghijrahan itu..Sudah semestinya kita dapat jawapan semudah yang kita semua sedia maklum...

Tapi sejauh mana kita mengaplikasikan dalam hidup bukan hanya setakat istilah hijrah itu sahaja bahkan adakah kita mempraktikkan sebetulnya apa yang terkandung dalam kisah yang

semestinya boleh membawa impak yang besar dalam seluruh kehidupan kita ini..
Jadi sempena kedatangan tahu baru yang akan muncul ini, saya menyeru DIRI SAYA sendiri juga sahabat2 untuk sama-sama menCERMIN diri kita seBESAR2nya untuk mencari kekurangan yang kita sendiri lakukan dan mengambil iktibar atas apa yang terjadi atas diri kita.. Mengambil iktibar dan melakukan penambahbaikan untuk sesuatu yang baru yang mungkin boleh membuahkan satu hasil yang lebih baik..InsyaAllah..
Selamat tahun baru maal hijrah..mohon maaf selama tahun yang lepas ini..moga tahun yang akan datang kita dilimpahi rahmat dan redha Allah untuk seluruhnya..amin..

0 comments: