BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 7, 2009

SIAPA AKU ..? HEBATKAH AKU? untuk jadi hebat..tak perlu jadi orang lain..jadilah diri sendiri..

Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang disebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.

Dibawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "malangnya diri ini...Alangkah baik kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi dan penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang asyik berfikir tiba-tiba dia merasa keadaaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

"Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan cahaya matahari."

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan.

"Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti rasaksa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari." tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yang bergerak megah dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi!, Ia berjaya memecahkan gumpalan awan."
Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam.

"Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari'" gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada pemecah batu.

"dan pemecah batu itu ialah aku!"

Dengan penuh bertenaga ia melaungkan , "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah dariapda awan, lebih kuat dari matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan tuhan untukku."

Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjayanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Benar, manusia tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya kita tak lihat dengan MATA HATI, dengan kaca mata REDHA, dan CERMIN KESYUKURAN...

Sepanjang masa dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah dengan diri sendiri..Kalaulah kita macam tu tiada kesedaran..maka kita takkan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya..bahkan akan sentiasa rasa terkilan yang berpanjangan..

Justeru untuk menajadi manusia hebat, tak perlu kita jadi orang lain, tapi jadilah diri kita sendiri..Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha serta kekuatan sebenarnya..Dalam masa yang sama kita mencari dimanakah kelemahan yang perlu diungkai keluar..dari situ kita mula meneroka anugerah tersembunyi yang Allah kurniakan..

YAKINLAH, BAHAWA ALLAH MENCIPTAKAN KITA SEBAGAI MAKHLUK UNIK DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN!!!
(gambar ini adalah puteri saya yg 2..anugerah Allah yang tak ternilai, membawa rahmat dan rezeki yang tak terduga..kejadiannya yang unik dari puteri yang pertama..gambar dirakam semasa umurnya 14 hari)

RENUNG2KAN..

1 comments:

Anonymous said...

ala adik besarnye riben ...