BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Ku Petik Bintang2...

Assalamualaikum...

1stly mohon maaf, rasa lama sangat dah tak update blog ini..kesibukan membuatkan masa terbatas untuk mencoretkan ilham dalam blog.. minggu lepas antara minggu2 yang sangat sibuk..terkejar2 buka booth di PWTC n Putrajaya.. hujung minggu pula penuh dengan karnival kursus haji perdana, di masjid wilayah, masjid negeri Shah Alam.. memang meletihkan..tapi ia berkisar pada satu perkataan passionate...apa maksudnya dalam bm..lebih kurang berahi la kot..berahi dari dalam, tiada paksaan, tiada sesalan, tiada rungutan.. ia datang dari keinginan dan minat mendalam, cara kerja yang ini lah pilihan saya.. dan saya yakin sangat saya memang sedang memetik bintang...jauh atau dekat, saya yang akan menentukn jarak bintang yang nak dicapai itu.. masalah pekerja berhenti, masalah pekerja main2, x serius.. itu lah antara benda2 yang perlu saya tangani..terpaksa turun padang..saya bersedia untuk turun padang..

AWASI PERKARA REMEH YANG MENGHALANG UNTUK MENCAPAI BINTANG (Kejayaan la ..apa lagi)

Hilary Dan Sebutir Pasir
Penakluk pertama Gunung Everest, Sir Edmund Hilary, (sebelum tu, kalau salah tolong betulkan ya..especially saudara Qobin, mungkin beliau antara pembaca blog ni, sapa yang tak kenal, saudara Qobin ialah the youngest climber in South East Asia mendaki Mount Everest. saya bertambah kenal dengan beliau ketika beliau menjadi trainer semasa di ESQ angkatan 30) pernah ditanya wartawan, apakah perkara yang paling ditakutinya sepanjang penjelajahanya itu. Dengan tenang beliau menjawab tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkh ais gergasi atau padang pasir yang luas dan gersang sekalipun.

Lalu mereka bertanya, "jadi, apakah ia?" "sebutir pasir yang terselit dicelah2 jari kaki" kata Hilary. Wartawan menjadi hairan tapi Hilary meneruskan kata "sebutir pasir yang masuk dicelah2 kaki sering kali menjadi awal mala petaka. ia bisa masuk ke kulit kaki atau menyelusup masuk ke dalam kuku, lama-lama jari kaki terkena jangkitan kuman, lalu membusuk. Tanpa disedari, kaki saudara akan tidak dapat digerakkan lagi. Itula mala petaka bagi seorang pendaki dia terpaksa diangkat oleh orang lain". Wartawan lain hanya tersenyum memikirkan kebenaran kata-kata Hilary itu.

Pokok Gergasi Yang Tumbang

Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan, telah menemui bangkai tumbuhan besar dilereng Long's Peak Colorado. Selepas kajian dibuat, fakta menunjukkan beberapa perkara berikut:-

1. Pokok itu berusia lebih 400 tahun.

2. Ia mula tumbuh semasa Christhoper Columbus mendarat di San Salvador.

3. Ia sudah pun setengah umur semasa kaum pilgrims atau penjajah British menduduki Plymouth pada 1960.

4. Sepanjang hayatnya ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali.

5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali.

Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya..tapi nak tahu kenapa akhirnya pokok itu tumbang...hehheheh...sabarrrr...

jawapannya, ialah kerana sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu..tetapi disebabkan olehnya lah, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur..

Jadilah Seperti Pendulang Emas
Dalam urusan harian kita, berindaklah kita mengikut resmi pendulang emas, kenapa?? Ada perkara remeh yang tak perlu kita herankan..apa perkara ytang tak perlu dirisaukan tu?? ia adalah pasir-pasir lumpur yang mesti kita singkirkan dari dulang. Ada juga perkara yang perlu kita ambil berat iaitu ketul-ketul emas yang tenggelam didasar dulang. Begitulah dalam hidup kita ini yang sedang MEMETIK BINTANG (kejayaan), ada perkara remeh yang perlu kita ambil tahu, tapi dalam masa yang smaa ada perkara remeh yang mesti dikendalikan, sekiranya tak ianya akan merosakkan hasil usaha kita selama ini.

Kesimpulan yang boleh kita buat, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan perkara-perkara kecil yang boleh memusnahkan kita. Tap dalam masa yang sama kita tidak perlu membazirkan masa dengan mengendalikan dan memikirkan benda-benda yang tidak penting yang orang lain lakukan, bahkan, saya rasa tak perlu ambil tahu pun..buang masa je!!

Tumpukan pada emas-emas yang ada..abaikan pada lumpur-lumpur yang mengotorkan... RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL!! buka CERMIN seBESAR2nya..pandang dengan mata hati..jangan hanya pandang dengan mata kasar.

0 comments: