BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

kisah petani dan kerbau..

gambar ni saya snap sendiri masa pulang dari bercuti dilangkawi tahun lepas, pemadangan ni di tepi highway di kedah..sawah bendang dikiri kanan highway, saujana mata memandang. gambar ni saja ditangkap bertujuan nak simpan tuk anak2, supaya dorang kenal rupa kerbau..kalau tak dikenalkan pada mereka, takut nanti tak kenal pulak rupa kerbau, maklumla kat kl ni takde kerbau yang boleh ditunjukkan.


sambil hubby bawak kereta masa jalan raya..saya dok sebelah sambil baca magazine, ada satu cerita yg saya rasa boleh kita share bersama.. siapakah kita dan adakah anda akan berada di sebelah petani setelah membaca cerita ini atau anda merasakan kerbau adalah golongan yang patut anda pertahankan kerana ianya juga melambangkan sesuatu yang anda jalani seharian sehingga kini.


Kisahnya begini, disebuah kampung hidup satu keluarga petani yg aman bahagia. petani tersebut mempunyai anak dan isteri yang amat memahaminya serta sentiasa bersama dengannya walau dalam suka ataupun duka. hidup mereka serba sederhana.


setiap hari si petani akan kesawah..isterinya akan melakukan kerja rumah, manakala anak2 pula menjalankan sesi persekolah. jika dilihat dari sudut fizikal, tiada apa yg perlu dibimbangkan oleh mereka, hidup aman bahagia, berkecukupan dan saling menghormati.


si petani akan bangun awal pagi untuk bersiap ke sawah. dia mandi bersihkan diri dan kemudian menikmati sarapan yang disediakan isterinya. si petani ini ada seekor kerbau, kerbaunya tahu tuannya akan bangun awal pagi untuk menjalankan tugas dibendang maka sang kerbau juga terpaksa bangun awal dan bersiap dengan memakan apa yang ada untuk memberi tenaga agar dapat bekerja dibendang. setelah menikmati sarapan si petani keluarlah ke kandang kerbau dan ditariknya kerbau, berkatalah sang kerbau dalam hatinya " Aku taulah aku kena kerja, tak perlulah aku ditarik". Meskipun merungut didalam hati tetapi sang kerbau tetap patuh kepada tuannya biarpun kadang-kadang dia tidak faham mengapa tuannya perlu memerintahnya kerana dia tahu tugasnya. sesampainya di sawah sang kerbau dikerahkan untuk membajak.


Melihat si kerbau yang lembab, maka dirotannya kerbau tersebut agar membuat kerja denagn pantas. tanpa merungut bergeraklah si kerbau dengan pantas bekerja demi mematuhi arahan tuannya kerana pada fikiran kerbau jika dia melawan nanti dia akan tidur kesejukan diluar kandang dan terpaksa bersusah payah untuk mencari makan, walhal sekarang dia begitu mudah untuk dapatkan makanan.


MENDENGAR PERINTAH


Bekerjalah si petani dan kerbau dalam keadaan panas hinggalah tiba waktu makan. apabila tiba waktu rehat tengahari berhentilah petani untuk makan. Dia beruntung kerana isterinya akan datang bawa makanan yang sedap dan menyelerakan. Biarpun begitu si petani tetap mendengus akibat cuaca panas.


Apa jadi dengan kerbaunya? sang kerbau melihat tuannya makan iapun terasa lapar dan dahaga. Berkatalah si kerbau dalam hatinya " aku yang bekerja teruk ditengah panas terik tak merungut pun". Lalu kerbau mencari apa yang boleh dimakan dan mencari air bertakung untuk dijadikan juadah.


Selesai istirehat, mereka menyambung kerjanya dibendang hingga waktu petang. Apabila petang menjelma, petani berhenti lalu menarik kerbau untuk pulang. Sewaktu ditarik berkatalah kerbau dalam hatinya " tak payahlah tarik, aku pun tau balik la... aku pun penat"


Setelah sampai dikawasan rumah, kerbau dimasukkan ke dalam kandang dan disediakan makanan untuk makan malamnyadan setelah itu petani pun membersihkan diri untuk makan malam.


Setelah makan malam, sipetani tidur dan si kerbau pun tidur. Nah, apa bezanya sipetani dan kerbaunya?? Jika dilihat disini tiada bezanya, petani makan, kerbau makan, petani kerja , kerbau pun kerja, petani rehat, kerbau pun rehat...


Begitulah kita , jika tidak melaksanakan solat, maka samalah kita seperti kerbau hanya tahu melakukan rutinnya bahkan lebih menarik, kerbau tersebut masih mendengar kata perintah tuannya..KITA???


Justeru jika kita tidak mendengar kata perintah Allah SWT yang maha berkuasa lagi bijaksana maka kita lebih teruk dari seekor kerbau. Biapun kerbau, tiada pelajaran tetapi dia tahu mengikut perintah tuannya walaupun kadangkala ada protes. Maka cubalah letakkan diri kita dalam situasi petani dan kerbau ini. Adakah kita ini sama seperti kerbau? Kerana dalam kisah ini tiada bezanya petani dan kerbau. Apa yang membezakannya ialah kepatuhan kepada perintah Allah SWT.


Maka persoalkanlah dalam diri kita adakah layak kita digelar manusia jika tidak mengikut perintahNYa. Sedangkan seekor kerbau tahu kedudukannya, atau kita layak digelar manusia kerbau kerana tubuhnya manusia namun perjalanan hidupnya seperti kerbau. Semoga kisah ini dapat direnungkan sedalam-dalammnya.


Bukan saya mahu meletakkan sesiapa ditahap rendah, melainkan ianya untuk dijadikan iktibar untuk diri yang fakir ini serta pembaca yang sudi merenung diri agar kerinduan kita terhadap Allah SWT sentiasa bertambah, berkurang jauh sekali.

0 comments: